5 April 2008
Aku terlihat seorang perempuan yang mirip si dia. Aku tersenyum dan hatiku berdetak. Betulkah apa yang aku lihat? Adakah aku bermimpi? Aku mengekorinya sehingga ke suatu tempat yang asing bagiku. Senyuman tak lagi terukir dibibirku tatkala aku mengetahui tempat apa yang dituju gadis itu. Aku pulang dengan hampa.
6 April 2008
Aku masih memikirkan tentang gadis semalam. Pandangannya, wajahnya dan senyumannya memang mirip si dia. Gadis itu betul-betul membuat hatiku resah. Apa yang patut aku lakukan? Aku kembali ke tempat semalam, demi mengubat rindu dihati hanya dengan menatap wajahnya dari jauh.
5 Mei 2008
Sebulan berlalu namun aku masih tidak dapat melupakan wajah gadis itu. Dia menjelma dalam setiap mimpiku. Dia menjelma dalam setiap anganku. Apa yang harus aku lakukan? Hidupku juga semakin pincang. Janggutku mula memanjang menandakan aku dalam sengsara. Makan minum juga tidak aku pedulikan. Badanku juga semakin kurus. Hanya kerana dia. Aku meminta nasihat dari Imran sahabat baikku. Katanya tak kira siapa pun dia, aku mampu untuk mengubahnya. Dia mungkin teraniaya, bawalah dia keluar dari alam mimpinya dan bawa ke alam nyata yang lebih indah. Berbekalkan kata-kata itu aku bertekad ingin memilikinya. Aku mula menyiasat dan mencari peluang untuk mendekati gadis itu.
10 Mei 2008
Aku kini sudah mendekatinya. Demi kerana dia aku sanggup berpura-pura untuk mendapatkan khidmatnya. Hanya itu yang boleh membawa dia ke rumahku. Bukan niat untuk mengapakan dia. Tak sanggup rasanya merosakkan insan yang aku sayang. Saat aku mengetahui namanya, hatiku begitu gembira. Mendengar kelunakan suaranya membuatkan jantungku bagai hendak luruh. Malam itu aku bersamanya, tapi kenapa dia tiba-tiba menepis tanganku dan menjerit? Mungkin benar kata Imran, dia mungkin punya kisah tragis. Lantas aku mendakapnya berharap dia akan tenang dan aku berjanji akan selalu menjaga dan menyanyanginya. Mila sayang.
25 Mei 2008
Hari-hariku semakin indah kini dengan kehadiran Mila. Dia sentiasa menemaniku tatkala aku kesunyian membuatkan cintaku padanya makin mendalam. Terima kasih Mila kerana sudi menjadi teman saya. Dua minggu lalu aku jatuh sakit. Orang yang aku fikirkan hanyalah Mila. Mungkin dia mampu melegakan sakitku ini. Nyata sangkaanku tepat. Tatkala panggilanku disambut dia datang kerana bimbangkan ku. Akhirnya dia menjadi teman pengubatku. Dua minggu disini menjaga makan, minum dan kesihatanku. Kulihat dia tertidur dibirai katil. Mungkin kepenatan selepas menenangkan aku yang meracau-racau malam tadi. Aku tersedar selepas beberapa jam terlena. Kini aku yakin dengan gerak hatiku bahawa Milalah insan yang selama ini kucari. Yang selama ini hadir dalam mimpiku dan Istikharah ku tatkala aku belum lagi menjumpainya. Walaupun mungkin Mila sayang tak tahu apa yang tersirat dihatiku. Aku berharap dan berdoa supaya Mila juga mempunyai perasaan yang sama padaku. Aku betul-betul menyintai Mila. Biarlah siapa pun dia dan apa kisah silamnya itu bukan penghalang bagi cinta dihati untuk berputik. Sesungguhnya setiap yang menjadi ciptaan ALLAH pasti ada kebaikannya. Aku akan melamarnya bila tiba masanya. Tunggu kehadiranku sayang.
Mila terduduk. Dia langsung tidak mempercayai akan apa yang dibacanya. Airmatanya menitis yang selama ini ditahan kala hidupnya dilanda derita. Namun luahan hati lelaki ini benar-benar memberi kesan disanubarinya. Dia tidak menyangka sejauh itu cinta Iskandar. Patutlah Iskandar tidak pernah menyentuhnya. Mila mendapat jawapan kini. Terdengar kuakan dipintu. Mila pasti itu Iskandar. Mila mengesat sisa airmatanya supaya tidak terkesan oleh Iskandar. Dia mahu lari. Namun Iskandar lebih cepat menangkap kesan airmata itu. Dirangkulnya tanganku ketika aku cuba untuk lari keluar dari rumah itu.
Bersambung...
Comments