Salam 2026
Selamat Tahun Baru 2026. Mungkin permulaan yang sama untuk aku dan mereka yang lain. Namun terlalu banyak perkara yang aku fikirkan kali ini. Tidak terasa menyambut dengan beria, walaupun aku memang tak pernah kemana-mana untuk menyambut tahun baru. Tetapi ada suatu perasaan lain dalam diri, perasaan sedih yang masih bersarang kerana permergian along dan perasaan untuk menghadapi tanggal satu tahun pemergian emak. Semuanya aku pendam dan hadap sendiri. Tanggal 28hb Disember 2025 aku pulang ke rumah dengan rasa sakit gigi yang sedikit. Dalam hati aku, adakah aku terpaksa hadap kesakitan ini lagi? Ya, benar. Hari berlalu akhirnya aku gagahkan juga ke klinik biasa dan ubat tahan sakit dan anti-radang diberikan. Di hari terakhir tahun 2025, berkesempatan juga pergi ke 'office' dan berjumpa dengan kawan-kawan dan mereka menyambut 'birthday' aku. Alhamdulillah dan terima kasih kawan-kawanku. Kebetulan, ubat yang aku makan juga sangat berkesan hari itu sehingga aku terlupa y...


