BILA BAHAGIA MENJELMA.....Cinta Tak Kenal Siapa...Final Part
Seminggu sudah berlalu, Iskandar telah kembali pulih. Wajahnya seperti dulu. Tampan dan bergaya. Senyuman terukir dibibirnya. Aku juga sudah tinggal bersamanya. Kami sudah bernikah. Kata Is dia tidak mahu berpisah lagi denganku. Tak sanggup rasanya menahan rindu dihati. Lantas dia mengambil keputusan bernikah denganku dipejabat kadi sahaja. Dia berjanji akan melangsungkan majlis kenduri kami tak lama lagi. Namun dia mahu kami punya ikatan yang sah dahulu.
Aku mengusap-ngusap wajah Is yang sedang lena dibuai mimpi. Tangannya erat merangkul pinggangku. Aku tersenyum bahagia. Kukucup dahi Is dan bangun dari katil. Aku mahu memasak sarapan untuknya. Belum sempat aku bangun dari katil. Is menarik tanganku dan memelukku.
“Nak pergi mana ni sayang? Nak lari ye? Janganlah lari nanti abang tak boleh hidup lagi.”
“Siapa yang nak lari? Ayang nak buat sarapanlah, dah pagikan ni.” Ketawa ku melihat kegusaran Is dengan mimik mukanya yang serius.
“Betul tak lari?”
“Betul.”
“Ok.”
“Bangunlah bang, dah pagi ni. Bangun!”
“Kejap lagi ye, abang mengantuk lah. Nanti abang bangun. Ayang janji yang ayang takkan lari tinggalkan abang.”
Aku hanya ketawa, Is masih bimbang nampaknya. Namun aku juga tidak mahu dan tidak akan meninggalkan Is kerana aku juga tak sanggup menanggung derita merindukan Is. Aku ke dapur menyediakan apa yang patut untuk sarapan.
“Ahhh...!!!!”
Iskandar berlari mendapatkan ku setelah terdengar jeritan.
“Kenapa sayang? Apa yang dah berlaku?” Iskandar memeriksa seluruh badanku. Takut kalau-kalau terjadi apa-apa. Namun ketawa yang keluar dari bibirku melihat kegelisahan Iskandar.
“Aik, tadi menjerit, sekarang ketawa pula.”
“Ialah, abang tu tak bangun-bangun dari tadi, jadi ayang jeritlah sebab kalau dengar jeritan ayang, abang mesti akan bangun kan? Tengok sekarang dah bangun pun suamiku sayang ni.” Aku berceloteh sambil mencubit pipi Iskandar yang kemerahan kerana takut sesuatu terjadi padaku.
“Oh..Jadi sayang tipu abang lah ni?”
“Ialah. Sarapan dah siap, ayang nak ajak abang makan.”
Dengan muka yang dibuat-buat marah Iskandar bercekak pinggang. Aksinya membuatkan aku faham yang aku bakal menerima balasan kerana menipu. Tanpa membuang masa aku berlari sebelum Iskandar sempat menangkapku. Keliling rumah aku dikejar dan akhirnya Iskandar dapat menangkapku. Didakapnya aku erat. Sambil tersenyum kambing aku berharap Iskandar tidak akan marah lagi.
“Apa senyum-senyum?”
“Senyumkan sedekah. So ayang nak buat amal jariah la ni.”
“Main-main lagi ye. Ayang tahu tak abang risau sangat bila dengar ayang menjerit tadi. Tahu tak?” Aku hanya mengangguk. Dicubitnya pipi aku.
“Disebabkan ayang dah buat salah, so ayang mesti didenda.”
“Ha? Denda? Apa dendanya?”
Sambil tersengih Iskandar mengunjukkan pipinya ke mukaku. Tahulah aku yang dia terpaksa mengucup Iskandar.
“Kalau tak buat?” Aku cuba mengelak. Mahu menguji Iskandar.
“Kalau tak buat abang takkan lepaskan ayang sampai ayang cium abang.”
Lantas aku mengucupnya. Namun Iskandar tidak juga melepaskan pelukannya malah disuanya pula pipi kirinya. Kukucup lagi. Tidak juga dilepaskan. Kali ini Iskandar memandang tepat kearahku.
“Kata nak lepaskan kalau dah cium.” Aku mula merajuk seakan anak kecil.
“Tak habis lagi, macam mana nak lepas.”
“Lah mana lagi? Dua-dua pipi dah.”
Tanpa bersuara Iskandar sekadar menunjukkan mulutnya dengan mulutku dengan jari telunjuknya. Aku tertunduk malu. Iskandar mengangkat mukaku dan tersenyum.
“Takpelah. Lain kali pun boleh.” Iskandar melepaskan pelukannya perlahan-lahan dan berpaling. Namun aku bertindak berani menarik tubuhnya dan menunaikan permintaan Iskandar. Kemudian terus melarikan diri ke dapur. Malu. Iskandar tersenyum. ‘Nakal sungguh isterinya.’ Didapur Mila masih lagi terasa bahang panas dimukanya. Terkejut dengan tindakan sendiri. Tapi ada rasa bahagia dihatinya. Dalam tidak sedar pinggangnya dirangkul lembut. Iskandar sudah datang. Aku masih tersipu malu.
“Terima kasih.” Ucap Iskandar bersahaja. Dalam keadan yang masih malu aku memusingkan badan dan membenamkan muka ku ke dada Iskandar. Aku tahu kami sama-sama bahagia. Aku berdoa dalam hati yang kebahagiaan ini akan kekal sehingga akhir hayat dan perjalanan hidup kami diberkati ALLAH yang Maha Esa.
Comments