Behind Life....
Suatu malam, hati terasa sunyi, kucapai sebuah majalah remaja, kuselak, kuamati helai demi helai. Kubaca kisah benar, luahan insan. Pedih, peritnya kehidupan, kesedihan dan penyesalan. Lalu ku terfikir kenapa hidup tidak seindah mimpi, atau seindah cerita di dalam novel? Sukar rasanya hadapi hidup ini jika tiada ketabahan. Namun, jika tiada keperitan tentu hidup ini tak indah. Bila datang kesakitan pasti akan ada kepulihan, bila datang kejahatan pasti ada kebaikan, bila datang ujian pasti ada hikmah disebaliknya. Kita diuji kerana menyayangi. Kita diuji kerana jika kita tabah pasti akan ada balasannya. Mungkin bukan dalam waktu terdekat dan mungkin bukan kita yang menerimanya. Namun ia pasti dan tersangat pasti, kebahagiaan akan menjelma, walau sekejap ia pasti tiba. Walau memerlukan diri untuk berkorban, namun ia pasti kunjung tiba. Jadilah siapa kita sebenarnya. Hamba yang hanya mampu menurut apa yang ditugaskan untuk melakukan. Akan ada balasan yang baik jika kita akur..Hidup itu indah, peluang menyayangi adalah perkara yang paling indah, indahnya dihati, bila disayangi kita akan rasa dihargai, namun jangan sesekali kamu membenci kerana hati yang membenci hanya akan membuahkan sakit dihati. KASIH SAYANG itu perkara yang paling sukar untuk difahami, ia terletak nun jauh di dalam kalbu. Bukan sekadar hati. Ia sukar dikikis juga sukar menjelma jika salah caranya. Bila rasa sayang terbit di kalbu, indahnya rasa, bagai diri dialam syurga. Namun bila yang disayang tidak membalas, jangan kecewa, kerana disaat itulah datangnya ujian. Tabahkah kita? Fikirkan sendiri.
Mungkin insan yang disayangi belum terlihat kejujuran hati. Mungkin yang disayangi sudah menyayangi insan lain. Kala itu jangan berputus asa, kerana mungkin dia bukan dicipta untuk kita. Jadilah seseorang yang sentiasa ingin melihat kebahagiaannya. Hati mungkin terasa sakit, namun jika dia bahagia, hati kita juga akan bahagia, kala itu rasa sakit akan hilang dengan sendiri dan bahagia yang sebenar akan muncul. Memberi dan menerimalah dengan IKHLAS, REDHA, SABAR, kerna itulah sebahagian sifat MAHMUDAH. Ia sukar dimiliki, payah dijaga, hanya yang punya yang BERMUJAHADAH.
IKHLAS, sifat yang murni, rahsia ALLAH didalam hati, terlalu sembunyi tapi dapat dikesan jika disuluh dengan saksama, kala itu nista dan puji tiada berbeza.
REDHA, sifat hati yang suci, ujian yang tiba, rasa gembira atau tiada apa terasa, kerna dia menerima anugerah TUHANNYA.
SABAR, sedikit berbeza, ujian yang menimpa sakit dirasa, tapi dapat ditahan perasaannya, hanya bermain didalam sahaja. Diluar tidak nampak terang nyata.
Jadilah insan yang sentiasa BERMUJAHADAH. Sentiasa bersama TUHAN kala susah dan senang. Jika dilanda kekeliruaan, kecewaan ingatilah DIA. Kerna hanya dengan mengingatiNYA hatikan menjadi tenang. Namun jangan dilupakan DIA jika bahagia menjelma, BERSYUKURLAH dengan kalimah ALHAMDULILLAH, kerna bahagia, kecewa, senang, susah dan keperitan semua datang dariNYA. Kerna diri HAMBA.

Comments