Warkah buat Sapentah....

Assalamualaikum awak...

Kehadiran warkah ini diharapkan tidaklah mengganggu urusan awak disana dan diharap tidaklah mengganggu kebahagiaan awak. Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada awak kerana pernah hadir dalam hidup saya. Saya nak ucapkan terima kasih kerana pernah membenarkan saya menyemai rasa kasih pada awak. Terima kasih kerana membenarkan saya menjadi sebahagian dari hidup awak. Terima kasih kerana pernah memberi harapan pada saya dan pernah mengucapkan rasa sayang pada saya. Terima kasih kerana memberi sedikit ruang didalam hati awak untuk saya. Terima kasih kerana pernah menjadi tempat untuk saya meluahkan rasa hati saya, mendengar masalah saya dan membantu saya. Segala yang awak lakukan tak terbalas oleh saya. Saya sangat menghargainya.

Saya disini sedia mengundurkan diri seandainya itu yang seharusnya berlaku. Perkenalan antara kita akan saya simpan sebagai satu memori yang sangat indah. Bukan mudah untuk melupakan suatu perasaan dan peristiwa, Namun saya akan cuba dan redha akan segalanya. Saya akan anggap ia suatu mimpi yang hadirnya dimalam hari dan padam dikala fajar menjengukkan diri. Diri ini terlalu kerdil untuk menyangkal kehendak takdir. Dan kerana itu saya redha. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain mengucapkan terima kasih atas segalanya kerana awak hadir menyerikan hidup saya dan memberi ruang rindu dihati saya. Ruang itu akan kekal disitu selamanya. Saya akan sentiasa mendoakan kebahagian untuk diri awak dan semoga awak bertemu dengan dia yang lebih sempurna. Semoga ALLAH sentiasa disisi awak.

Terima kasih Sapentah.

Salam Sayang,
Saya yang merindui....


Comments

berry said…
ouh name die sapetah heh??ni tbe2 ni asl???
sYaH said…
haha..name die hafazudin.. tp dlm phone aku ltk sapentah..urmm..
bkn tibe2 tp aku dh xnk pk..
last ritu aku sms die xreply..
so aku assume nothing will happen..haha..sian kat aku kan??
selalu camni jdik..hmmm..
biarlah...
berry said…
ni dak yg mne ek??yg layn msg n gayut mlm2 tu ke??if i not mistaken la..
sYaH said…
ha ah..yg 2 r die..huhu..saper g..
xde org len dah..haha
Unknown said…
sapentah.... sapekah manusia itu?? hehe!
sYaH said…
syaf: Oopss..adela someone..hehe..
artzlyind said…
sabo dik.....tunggu la..mesti ade yg tebaik buat adik nnt
:)
lin doakan....
Tutup Blog said…
salam adeq...
nak follow ko tapi tak jumper pun follow nyer ruang...
nnt ko follow aku balik eh..

nora
zurazari=))

Popular Posts