Kenapa dengan aku????
Hari ini tak tahu la kenapa, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dan aku sedang mencari apakah yang berlaku atau mungkin akan berlaku. Sejak beberapa hari yang lalu perasaan aku macam tak menentu dan aku tak tahu apakah ia. Ilusi aku juga semakin hari semakin tepat terjadinya. 'Instinct' aku memberi petunjuk sesuatu namun belum ketahui kebenarannya sehingga ia benar terjadi dan aku sedar ia ada terlintas dalam hati aku. Adakalanya aku takut untuk mengetahuinya kerana takut ia adalah sesuatu yang tidak elok atau suatu kesedihan untuk diri aku. Hmm..aku mengeluh untuk kesekian kalinya..
Aku cuba untuk mencarinya tapi belum berjumpa. Bilalah agaknya perasaan ini akan kembali seperti biasa. Mungkinkah kerana keadaan sekeliling atau hanya perasaan aku sendiri??Entahlah..mungkinkah aku masih mencari sesuatu yang belum muncul tiba??Aku tak pasti..Segala apa yang aku lakukan selalu saja ada yang tak kena. Hati aku tak tenteram dan tak tenang. Adakah kerana aku semakin jauh dariNYA? Hmm.. mungkin..aku perlu untuk kembali kepadaNYA.. Tuhan tunjukkanlah dimana silapnya, supaya aku mampu untuk membetulkannya dan bermuhasabah demi mencari kerdhaanMU YA ALLAH..
Hari ini....
8 Julai 2010
Comments