Destinasi Cinta..

Menyingkap tirai hati mengintai keampunan
Dihalaman subur RAHMATMU TUHAN
Tiap jejak yang bertapak debu kejahilan
Akan kujirus dengan madu KEIMANAN
Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari NASUHA NURANI
Takkan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang kucari sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa didalam hati
Telah kuredah daerah cinta yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang kutemui hanya KECEWA menyelubungi
Kugelintar segenap maya dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon MAKRIFAT
Moga dapatku berteduh direndang KASIHMU
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama HATI
Lestarikan wadi kalbuku OH TUHANKU
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar REDHAMU
Namun masihku mengharap AMPUNANMU....
Jika hati rasa gundah kembalilah padaNYA,
Kerana hanya dengan mengingatiNYA hatikan menjadi tenang...
Aku mencari ketenangan itu.....
Comments