Someone Like You....

Salam sayang dari saya untuk insan yang sentiasa ada dalam hati saya, Sapentah.....

Selamat hari lahir awak yang ke - 28. Saya sentiasa mendoakan awak dalam keberkatan ALLAH selalu. Saya doakan awak akan berjaya dunia dan akhirat dalam apa jua yang awak lakukan sepertimana yang awak katakan pada saya tentang doa awak hari ini. Saya jua akan sentiasa mendoakan yang akan hadir seorang insan yang bernama wanita yang akan menceriakan hidup awak, menyempurnakan setiap langkah perjalanan kehidupan awak dan menyayangi awak sepenuh hatinya. Saya doakan wanita itu yang akan membawa awak ke syurga yang indah. Saya doakan wanita itu adalah lebih baik dari saya, insan yang sangat mendambakan kasih dan sayang awak. Namun saya pasrah dengan kehendak ILLAHI jika jodoh ini bukan milik saya.

Sifat berputus asa adalah bukan diri saya yang sebenarnya, namun dalam penentuan jodoh dan perasaan semuanya saya serahkan pada YANG MAHA ESA, menentukan. Mungkin saya belum benar-benar berusaha mendekatkan diri dengan awak, namun kejauhan ini buat saya berfikir bahawa bukan ini yang awak mahukan. Bukan diri saya. Oleh itu, saya dengan rela hati mengundurkan diri untuk kesekian kali. Biarpun perkataan mengundurkan diri bukanlah yang sepatutnya dilafazkan dek kerana cinta ini hanya didalam hati, namun yang pasti kita pernah mempunyai perasaan yang sama dan kita pernah cuba untuk melengkapi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun awak terlebih dulu mengorak langkah membina jurang antara kita. Saya telah cuba melakukan sesuatu namun setiap hari langkah saya semakin lemah dan tak mampu lagi mengejar awak yang jauh. Cinta dalam hati yang saya semai selama ini biarlah menjadi rahsia hati saya selamanya.

Sapentah...
Biarpun nama ini hanyalah panggilan dari saya kerana awak hadir tanpa diduga menjadi sebahagian dari cerita hidup saya dan kini awak pergi menjadi sebahagian dari kenangan terindah dalam kamus hidup saya. Saya berterima kasih pada ILLAHI kerana memberi saya peluang untuk merasai nikmat sayang kepada seorang insan yang bernama lelaki. Dan sayang ini akan kekal selamanya.

Sapentah...
Kekalahan Perak ke atas Selangor juga adalah lambang maka beralah nya saya kepada awak kerana saya tahu semua ini tidak akan pernah terjadi kerana awak tidak mahu ianya terjadi. Saya sedar siapa diri saya dan akan sentiasa berwaspada dengan setiap perasaan yang saya semai.

Sapentah...
Mungkin saya juga akan 'give up' untuk kali ini. Harapan dan doa saya awak bertemu dengan si dia yang lebih sempurna kerana pegangan saya, saya hanya mahu melihat kebahagiaan awak biarpun awak bukan milik saya.

Akhir kata dari coretan pena maya ini.......

Saya sayangkan awak Sapentah....Selamanya



I guess she gave you things, I didn't give to you...
Sometimes it last in love, but sometimes it hurts instead...

Comments

Popular Posts