Tika hati jadi begini..
Bosan rasanya bila xtau ape yang nak dibuat kalau dah melibatkan hati dan perasaan. Susah nak diluahkan tapi jauh nun didalam kalbu tersimpan satu perasaan yang sukar dimengerti oleh orang lain hatta diri sendiri. Aku simpan segenap rasa yang ada dalam hati demi mengelakkan berlakunya sesuatu yang lebih parah dari kekecewaan dan prasangka. Namun sebelum aku berjaya mengelak semua itu, aku telah pun kecewa dengan sikap segelintir manusia yang tak dapat membaca ape yang terjadi disekeliling, 'read the environment' itulah yang aku maksudkan. Adakala aku bingung dengan semua yang berlaku dalam diri aku. Adakala aku bingung, adakah aku yang tidak pandai membaca perubahan alam atau orang disekeliling yang tidak tahu bahawa alam yang aku huni ini telah pun berubah. Aku bingung lagi. Aku cuba untuk meluahkan kepada seseorang namun aku tak tahu patah kata yang perlu dibicarakan. Aku kelu. Aku keliru. Yang akhirnya membawa kepada suatu keadan dimana aku jadi begini. Wajahku mempamerkan segala-galanya namun bicara itu terhenti hanya disitu. Noktah. Tanpa aku tahu bila akan bersambung.
Comments