Dugaan ini...
Dugaan yang melanda diri aku bukanlah yang terbesar, tak juga yang tersukar, namun jika ia berterusan hati aku juga akan merasa sangat sedih, sakit dan mungkin berputus asa. Kenapalah perkara ini tak sudah-sudah lagi. Kegembiraan sementara disusuli pula kesedihan. Harapan dan impian untuk ditunaikan tergendala lagi. Sampai bila aku sendiri tak pasti. Aku cuba untuk mencari kekuatan demi bersabar dan menahan amarah yang mungkin meletus bila-bila masa saja lagi, namun sampai bila. Hak aku dinafikan, dan mereka buat endah tak endah. Apakah Allah sedang menguji kesabaran aku dan mencari dosa-dosa yang masih belum aku diampuni. Ya Allah Ya Tuhanku, tabahkan lah aku Ya Allah.
Ada airmata yang ingin tumpah, namun aku tahan kerana bukan disini tempatnya. Aku ditempat kerja. Kenapalah berita itu aku terima di tempat kerja?? Ingin aku kongsi dengan mereka yang aku sayang, aku rapat, tapi lidah aku terlalu kelu untuk memula kata. Ya Allah, kenapa dengan aku ni. Ego aku meninggi lagi. Bukan ini yang aku pinta Ya Allah..Bukan ini.. Tabah dan sabarkanlah aku Ya Allah...

Comments