Selamat Hari IBU...
Salam sayang buat ibu ku...
Ibu yang telah mengandungkan ku selama sembilan bulan sepuluh hari (walaupun xceli aku xtaula lebih ker kurang..lupe nk tanya mak aku..hehe). Tapi ape pun aku tetap tidak akan lupakan jasa ibuku yang telah membesarkan ku. Menyusukanku, mendidikku sehingga aku jadi seperti ini. Aku bukanlah anak yang solehah yang mampu benar-benar membahagiakan ibuku, namun aku akan cuba untuk menjadi sebaiknya yang aku termampu. Aku hanya insan biasa. Ibuku umpama cahaya yang menerangi malam-malam ku. Walau bebelannya adakalanya membingitkan, dan berulang-ulang, namun kerana bebelan itulah aku disini, selamat dalam redhanya. Aku bukanlah anak yang solehah untuk mendengar dengan khusyuk tiap baris nasihatnya, untuk respon akan segalanya katanya. Namun aku akan terus menyimpannya nun diilubuk hati untuk peringatanku. Untuk keselamatan ku dan demi mendapatkan redhanya. Mak, walau hari ibu tidak ku sambut, namun aku tahu dengan kehadiran anakmu ini, sedikit sebanyak telah membahagiakanmu tatkala anak-anakmu yang lain hanya mampu menyampaikan khabar berita di angin lalu. Aku tahu dan sedar akan tanggungjawab ku sebagai anak. Aku berdoa semoga dirimu sentiasa dalam lindungan ALLAH dan aku mengharapkan kesihatan mu sentiasa baik. Mak, adeq sayang mak.

Comments