Awak dah gembirakan saya

“Awak dah gembirakan saya.” Alangkah bahagianya diri apabila ada seorang sahabat, hatta orang yang dikasihi mengungkapkannya. Hati berbunga kerana itu cukup menggambarkan bahawa kehadiran kita disisinya tidaklah mengganggu atau pun menjadi kesusahan buat mereka. Cukup untuk membuktikan yang kehadiran kita dihargai. Siapalah diri ini untuk membahagiakan diri orang lain sedangkan diri ini hanya insan kerdil yang cuba untuk menjadi sebahagian dalam hidup seseorang. Siapalah diri ini untuk memahami perasaan orang lain. Walau mungkin aku mengatakan bahawa aku memahaminya namun ia tidaklah sama seperti mereka yang mengalaminya. Sehingga aku berada betul-betul dalam keadaan mereka. Semuanya hanya didalam hati. Ungkapan kata-kata kadangkala tidak sama dengan apa yang ada dihati kerana minda seperti menidakkannya. Dan ungkapan kata-kata adakala untuk melegakan hati seseorang yang dilanda resah. Namun tidak semua kata-kata itu bohong belaka kerana gerak tubuh lebih memberikan maksudnya. ‘Its best when you say nothing at all’, action can speak the most word.

Dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran, aku adakala terlupa bahawa diri ini hanya mampu berusaha namun takdir yang akan menentukan kejayaan atas usaha itu. Aku hanya mampu melakukan apa saja yang termampu dek dayaku untuk menggembirakan orang yang kusayang. Walau pun sekadar menajadi orang yang sentiasa disisinya tatkala kesedihan menyelubungi. Kerana bagiku, melihat senyuman seseorang adalah lebih bermakna Jika senyuman itu terukir kerana merasa gembira, cukup untuk membuatkan aku bersyukur kegembiraan. Tetapi jika kemarahan atau kesedihan yang disebabkan aku, ia betul-betul membuatkan aku berasa serba salah. Biarlah hati aku yang disakiti namun bukan mereka yang aku sayangi. Aku cuba untuk jadi yang terbaik sebagai seorang anak, adik, kakak, sahabat dan kekasih. Kerana hanya setakat itu kudrat yang ku ada. Kudrat yang diberikan ALLAH untuk aku berbakti di dunia fana ini. Bekalan untuk kubawa ke alam BARZAKH kelak. Hanya DOA mereka yang aku pinta supaya aku hidup dalam kerahmatan. Tiada balasan yang kuharapkan. Hanya DOA dan secebis rasa SAYANG untuk aku terus melangkah mengharungi hidup ini.. Terima kasih buat mereka yang kusayang.

Comments

Popular Posts