Indah rasanya bila jatuh cinta
CINTA, ungkapan yang biasa kita dengari. CINTA juga buat kita bahagia. Tidak kira pada siapa atau apa yang kita cintai. Apa yang penting CINTA itu suatu perasaan yang lahir dari lubuk hati. Jauh di sanubari. Tak siapa dapat menghakisnya. Cuma CINTA palsu sahaja yang akan hilang begitu saja. CINTA sejati adalah CINTA yang dicari. Apa pula maksudnya?Bagaimana pula mendapatkannya. CINTA abadi adalah CINTAkan ILLAHI. CINTA yang tak berbelah bahagi adalah CINTA ibu bapa. CINTA yang suci adalah CINTA si ADAM dan HAWA. CINTA yang hakiki membawa kita ke arah kebenaran. CINTA ILLAHI memberi ketenangan. CINTAkan ibu bapa membawa restu mereka dimana kita berada. Dan CINTA Adam dan Hawa beri seribu kemanisan. Sebagai diriku yang membawa gelaran HAWA, mendambakan CINTA si ADAM yang suci lagi tulus dari hati. CINTA yang membawa bahtera ke SYURGA. CINTA yang memberi senyuman. CINTA yang membawa kebahagiaan. CINTA yang membawa kesempurnaan. CINTA yang kekal walau badai melanda. Walau tsunami melanda dunia. CINTA yang diredhaiNYA....
Comments