Cinta Tak Kenal Siapa..Part II
Hari berganti bulan rutinku berubah sejak aku berjumpa dengan Iskandar. Dia seperti menyenangiku dan sekarang dia mempercayaiku. Dia memberikan kunci pendua rumahnya kepadaku. Alasannya supaya aku mudah untuk keluar masuk rumah itu bila sesuatu terjadi padanya. Semuanya gara-gara incident dua minggu lepas bila Iskandar menghubungiku dengan suara seperti orang sakit. Dan kerana bimbangkannya aku ke rumah Iskandar, tapi aku tak dapat masuk ke rumah kerana pintu berkunci. Terpaksalah Iskandar yang sedang sakit teresot-esot keluar dari biliknya untuk membuka pintu. Iskandar diserang demam yang sangat teruk. Dua minggu aku tinggal dirumahnya untuk menjaga Iskandar. Mujurlah tiada pencegah maksiat yang datang menyerbu rumah Iskandar kalau tidak matilah aku.
“Terima kasih kerana sudi menjaga saya.”
“Tak apa. Awak pun dah banyak tolong saya.”
“Tolong? Saya tolong apa?”
“Hmm..tak pelah, janji awak dah sihat sekarang.” Aku tak mahu Iskandar tahu yang kerananya aku sudah tidak lagi seperti dulu. Aku kini sudah bekerja di sebuah pasaraya sebagai cashier dan tidak lagi bergaul dengan kawan-kawan lamaku yang membawa aku ke tempat jahanam itu sebagai gadis yang menawarkan khidmat seks dengan ganjaran prepaid reload. Biarlah Iskandar hanya tahu yang aku adalah gadis itu.
Hari-hari berlalu separti biasa, jika Iskandar tak menjemputku, aku sendiri yang akan datang kerumahnya. Itu sudah seperti menjadi amalanku. Sekurang-kurangnya aku punya teman untuk berbicara. Hari itu aku kerumah Iskandar. Dia tiada dirumah. Aku mengemas rumahnya yang kelihatan agak berselerak mungkin kerana dia terlalu sibuk. Tiba-tiba aku terbacakan sebuah tulisan dari sebuah buku yang terbuka. Aku terkejut namaku tercoret didalamnya. Aku menutupnya kembali kerana tidak manis rasanya membaca luahan hati seseorang, namun perasaan ingin tahu apa yang ditulis tentang diriku membuak-buak sehingga menyebabkan aku membaca isi kandungan buku itu.
Comments