CINTA TAK KENAL SIAPA
"Sepuluh ringgit boleh dapat apa?”
“Pegang-pegang aje. Nak lebih topup pun kena lebih.”
“Ok. I bayar cash, tapi U kena ikut balik.”
“Ok.”
Aku mengikut lelaki itu menuju ke keretanya. Cantik. Bisik hatiku. Mesti orang kaya. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu hanya diisi dengan bunyi DJ radio yang berceloteh. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Lelaki itu pula sesekali memandang ke arahku sambil tersenyum. ‘Ah dasar lelaki.’ Sebenarnya aku gementar kerana ini kali pertama pelanggan membawa aku ke rumah mereka. Aku menerima tawarannya pun kerana mahu melarikan diri dari Johari, lelaki yang selalu ingin mendekati aku. Aku lemas dengan pandangan matanya yang tak lepas dari memandang ke atas dan ke bawah setiap perempuan disitu. Johari bukanlah tak berupa tapi sikapnya yang gatal dan panas baran buat aku jelik.
“Sayang, kita dah sampai.” Tersentak aku dari lamunan. ‘La, dah sampai rupanya. Ish ini memang kawasan elit ni.’ Desus hatiku sambil memandang-mandang ke sekeliling. Aku membontoti lelaki itu ke dalam perut lif. Pelik. ‘Lelaki ini betul ke nak aku? Tak macam pun.’ Aku berbicara sendiri bila melihat gaya lelaki yang mengajak aku ke rumahnya tapi dari gayanya langsung tak seperti orang yang mahukan perkhidmatan aku. Dia tak mengatal walaupun banyak peluang terbentang dihadapannya tadi. Dalam kereta waima ketika kami di dalam lif. Dia juga langsung tak pegang tangan aku. ‘Ah lantak lah, bagus juga, tak payah aku susah payah mengelak.’ Kami tiba ditingkat paling atas apartment itu, tingkat 15. Tak banyak pintu rumah yang aku lihat, hanya dua atau tiga sahaja. ‘Pent house agaknya.’
“Silakan masuk, buatlah macam rumah sendiri. Saya tinggal seorang, tapi nampaknya selepas malam ini saya mungkin akan selalu berteman.” Bicara lelaki itu cuba beramah.
“Oh ye ke? Maksudnya awak dah nak kahwin la ye? Awak tak takut ke tunang awak datang serbu ni? Saya tak mahu jadi penyebab pergaduhan awak dengan dia.”
“Jangan risau. Tiada siapa yang akan datang serbu. Duduklah, saya buatkan air. Awak nak minum apa?”
“Apa-apa aje. Tapi saya harap awak tak beri saya racun atau ubat tidur.”
“Jangan risau.” Balasnya sambil ketawa.
“Awak ni kaya, kereta cantik, rumah besar, duit pun mesti banyak kahwin lah cepat-cepat. Tak payah susah payah cari perempuan macam saya ni, nak dapat sekali kena keluar duit. Kalau ada isteri tak payah keluar duit. Nak aje mesti dapat.” Aku mula berceloteh panjang sambil menghirup jus oren. ‘Ah lega tekak aku.’ Aku rasa inilah kali pertama aku dapat berbual dengan pelanggan aku. Sebelum ini yang berbual hanyalah tubuhku yang menjadi tatapan dan sentuhan sang lelaki yang mencari kepuasan.
“Bukan senang nak kahwin ni. Kena cari yang betul-betul baru boleh jadi isteri.”
“Hmmm...” Aku cuma mengiakan.
“Shall we.” Sambil menghulurkan tangan lelaki itu mengajak aku ke biliknya. Kusambut huluran tangannya dengan rasa gementar. Aku tak tahu kenapa hati aku seperti orang yang sedang dilamun cinta. Segala perilakunya kuanggap sangat romantik. Kami bersama diatas ranjang tapi tiada apa yang berlaku. Dia hanya mendakapku sambil berbual.
“Nama saya Iskandar. Nama sayang?”
“Mila.” Ringkas jawapanku. Hatiku bertambah gementar. ‘Dia tanya nama aku?’ sesuatu yang pelik berlaku bagi seorang gadis seperti aku.
“Ooo..Mila sayang, berapa umur Mila?”persoalan Iskandar tidak terhenti disitu, lagaknya seperti polis yang menyoal pesalahnya.
“21.”
‘Muda.’ Detik hati Iskandar. Mila tak dapat nak menjawab lebih dari yang sepatutnya atau menyoal kembali walau dalam kepala otaknya banyak soalan yang ingin ditanya kerana sentuhan Iskandar benar-benar berkesan kehatinya. ‘Adakah aku sudah jatuh cinta? Tidak aku tak boleh jatuh cinta dengan customer.’
“Tidaaakkk!!!!!” jeritan hatiku akhirnya terkeluar dari mulut dan sepantas kilat aku menepis tangan Iskandar dan terduduk.
“Kenapa sayang?” Iskandar curiga. Ditarik tubuhku ke dadanya. Dengan harapan dapat menenangkannya. Aku rasa tenang walau aku tak mahu tapi dakapan itu cukup membuat aku rasa selamat.
“Morning sayang.”
“Morning. Maaf pasal malam tadi. Saya tak buat kerja saya.”
“Tak apa saya tak kisah. Awak tidur lena semalam?”
“Hmmm...” ‘Lena, cukup lena dalam dakapan dia.’ Desis hatiku.
“Mari sarapan.” Kami makan bersama sambil berbual-bual. Tiada riak kemarahan diwajah Iskandar kerana tak dapat apa yang dimahunya, yang ada hanyalah senyuman dan celoteh dari mulutnya. Sesekali buat aku terfikir yang entah-entah dia bukan lelaki sejati. Hahaha.. Aku ketawa sendiri. Sejak hari itu aku sering ke rumah Iskandar bila dijemput. Tapi seperti biasa tiada apa yang berlaku antara kami. Ia membuatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang Iskandar mahu. Diri aku atau dia sekadar mencari teman untuk berbual? Tetapi Iskandar tetap akan memberi wang kepadaku, dan kerana itu aku seperti terhutang budi padanya. Jumlah wang yang diberi juga cukup untuk menanggung hidup aku. Sejak itu aku tak lagi melakukan kerja-keja lama. Aku cuba mencari kerja yang lebih baik dengan wang yang diberi Iskandar.
Comments