Kisah Nov 2010 - Part III

10 Nov 2010

Aku bangun seperti biasa untuk solat Subuh. Solat dan kemudian cuba untuk tidur kembali...tiba-tiba, aku seperti sesak nafas, aku tak dapat bercakap..peluh mula memercik keluar...keadaan aku seperti tengah berlari 100m...100m or 200m camtuh la....aku tak dapat nak bangun pun masa tuh or bercakap..hanya tangan aku cuba mencapai bahu Diba yang tengah lena tidur..dan akhirnya kena pada dia... dan dia tersedar dan terkejut tengok keadaan aku..dia suruh aku mengiring then sapu Vicks kat belakang aku..dalam masa yang sama aku minta dia telefon Along n bitau yang aku sesak nafas...Pesan Kak Long pinta Diba bawa aku ke klinik dulu sementara mereka sampai...Dan aku dipimpin untuk ke klinik..

Kami pergi ke klinik di PJ (aku lupa nama klinik tuh..hehe)... sampai kat sana, doktor bagi aku refer letter untuk aku pergi ke hospital...dan kami ke Unit Kecemasan PPUM selepas itu...

Sesampai di sana, aku diperiksa..nadi aku..darah aku diambil..drip masuk air.. Doktor nampak bibir aku sangat lah kering..aku dehydrated..huhu..aku memang dah tak bermaya dah masa tuh..Then sementara tunggu keputusan darah tuh, aku terpaksa la baring kat wad kecemasan tuh...sambil nak abiskan air drip tuh...X-ray juge kene buat..then dalam pukul 11 lebey, aku menggigil balik...mase tuh Along dah ada kat sebelah jaga aku, sementara Kak Long ngan Diba keluar.. Along terkejut tengok aku dah macam tuh..sampai dia sendiri tak tahu nak buat apa....Last2 dia belikan aku stokin and pakaikan dan minta satu lagi selimut dari nurse..dahla tempat pun sejuk, ngan aku2 sekali sejuk..double sejuk jadinya....Sampai juga aku dimasukkan plak kat wad yang lain sebab nak nadi dan tekanan darah aku sentiasa dinilai..ntah apa alat yang doktor letak.. so berbaringlah aku kat situ..kejap2 Along or Kak Long yang masuk..kejap2 kang tukar lak ngan Diba..Kesian mereka...

Lama juga la aku ditahan di wad kecemasan sampai keputusan darah keluar.. Lebih kurang pukul 2 petang baru dapat keputusan dan doktor sahkan yang aku okey...huhu..sangat sedey...sume okey tapi naper aku sakit gak?? menggigil??? hmm..confuse2..So kitorang g amik ubat, then aku dipaksa makan, sebab dari pagi memang tak masuk apa-apa kat perut ni..huhu..berselera la kejap dapat makan nasi tomato..then balik ke rumah along..Diba pun follow sekali...

Sesampai kat rumah Along dapatla aku berehat kejap, and makan plak roti yang Kak Long buat ngan air milo panas, buat perut aku nih..tapi dalam masa yang sama kepala aku tersangat lah sakit yang teramat..dan kak long tolong juga picitkan... dan petang ituuu...segala yang dah masuk perut aku keluar semula sebagai muntah..perrrghhh..memang sangat tak suka..penat la juga melantak kan..last2 sume kuar balik..al kerana kesakitan kepala aku itu lah yang menyebabkan aku muntah..sakit kepala..tak dapat la berehat lagi..jenuh diurut bagai...dan ketika jam menunjukkan pukul 6 ++...aku kembali menggigil..ish2..bile nak abes gigil ni ntah...dalam keadaan itu aku turun kebawah n minta kak long selimut even aku dah ber sweater..huhu... Kak Long pun dah cuak..panggil Along...Along siap test kelajuan nadi aku..ABNORMAL!!.. huhu..cuak lagi mereka berdua..cuba pula call Kak Azlah (kakak ipar kak long @ doktor). . die kata gigil is normal untuk orang yang detect kencing kotor.. eh lupe nak citer doktor cakap aku ada kencing kotor jer..hehe..so they just can let me stop shaking by myself..few minutes later it stops...huhu...Then that night Along bawa pula ke klinik Az-Zahrah, tapi doktor sana xdapta buat apa2 sebab memang kene refer hospital... jadi kami ke Hospital Serdang..tapi disebabkan keramaian orang, jadinya aku cakap aku tak larat nak tunggu...so tak payah la jumpa doktor..jadi kami balik kerumah semula....dan aku cuma mampu menyapu kepala aku dengan minyak feveret aku minyak cap kapak..dan Kak Long tolong picit juga...huhu..and the night goes as it is till I got SMS from Apis said that they are in front of Along house.. even Along cakap tak perlu datang..huhu..biasa la mak aku tuh..risau terlebih..jadi nak juga datang...Then mak pula ambil alih picit kepala aku, malam tuh aku tidur tak berapa nak lena sebab muntah-muntah lagi dan sakit kepala yang teramat....

Bersambung....


Comments

Popular Posts