Bersangka baiklah kita
Aku terpanggil untuk meluahkan sedikit kata-kata buat semua saudara
Muslim ku yang dikasihi. Semalam aku
membaca kembali tentang kisah seorang muslimah ini tentang mimpinya bertemu
dengan RASULULLAH. Untuk kali ini
aku membaca juga komen-komen yag diberikan oleh pembaca lain. Aku mengucap
panjang apabila membaca komen-komen itu. Ada yang mengutuk si muslimah ini dan
tak kurang juga yang bertasbih memuji kebesaran ILLAHI atas nikmat yang dikurniakan pada muslimah ini. Ada juga
yang mula menyatakan kesedihan dan kerinduan pada RASULULLAH, kerana kisah itu menyedarkannya. Bagi aku pula? Hanya ALLAH yang mengetahui. Ada sedikit peringatan
yang ingin aku sampaikan untuk semua saudara muslim ku. Dan peringatan ini jua
adalah untuk diriku. Yang tidak punya kuasa apa-apa hanya sedikit ilmu untuk
aku sampaikan.
Bagi pembaca yang menerima kisah itu sebagai suatu kebenaran,
mereka bertindak memuji muslimah ini betapa beruntungnya beliau. Bagi yang
tidak mahu mempercayai dan menganggap ini hanya mainan syaitan sahaja mereka
mencaci dan mengeji bukan sahaja pada muslimah ini malah pada yang
mempercayainya. Oleh itu penerangan aku adalah berkisar pada dua golongan ini. Dan
ini juga adalah apa yang aku rasakan tatkala membaca kisah mimpi muslimah itu antara
KEBENARAN dan KEPALSUAN.
Seandainya kisah ini benar?
- ALHAMDULILLAH. SUBHANALLAH. ALLAHUAKBAR. Terbuktilah bahawa ALLAH itu Maha Memberi, Maha Kuasa, Maha Pemurah. Diberikan mimpi didatangi RASULULLAH pada seorang muslimah yang sabar dan hanya berpaksikan pada ALLAH dalam setiap detik nadinya.
- Muslimah ini telah menyampaikan SALAM RASULULLAH kepada kita umatnya. Maka beliau telah melaksanakan AMANAH yang diberikan, maka itu kisah mimpinya diceritakan. Demi AMANAH itu.
- Kisah ini memberi pengajaran kepada kita umat ISLAM untuk menghadapi segala ujian ALLAH dengan sabar, tabah dan jangan sesekali terpesong dari landasan kebenaran ISLAM. Ganjarannya? ALLAH yang mampu membalas, kerana ALLAH akan membalas setiap perbuatan baik dan buruk manusia.
- AL-QURAN adalah kitab yang ditinggalkan oleh RASULULLAH untuk kita umat ISLAM. Berpegang padanya maka selamatlah hidup kita. Itu yang diajarkan NABI. Maka kisah ini mengajar kita bahawa selama mana kita menjadikan AL-QURAN itu teman setia kita, maka kita bersama dengan orang-orang yang benar.
- Sangat rugilah bagi mereka yang mencaci maki itu dengan mengatakan muslimah ini ditipu syaitan, dan bergelak ketawa syaitan itu kerana berjaya menipu muslimah ini. Tidak kah saudara sedar bahawa semakin sakan lah ketawa syaitan itu kerana berjaya membisikkan rasa benci dan menyuruh mencaci muslimah ini yang merupakan saudara seagama kalian juga? Dan syaitan berjaya memporak perandakan kita umat ISLAM. Meruntuhkan persaudaraan yang RASULULLAH bina ini.
- Semakin rugilah kalian yang mencaci kerana SALAM RASULULLAH itu tidak kalian sambut dengan gembira dan kalian membuatkan RASULULLAH yang mulia ini bersedih dengan tindakan penafian kalian
Seandainya kisah ini tidak benar?
- ASTAGHFIRULLAH. Sesungguhnya orang-orang yang menipu itu adalah dari golongan yang fasiq. Dan orang fasiq harus dijauhi. ALLAH itu maha menguji, maka diuji muslimah ini dengan pengetahuan IT nya samaada mahu digunakan kejalan yang benar atau pun salah.
- Muslimah ini telah melakukan suatu kesilapan, maka ALLAH akan membalasnya dengan setimpal. Namun adakah kita yang membaca ini juga mahu melakukan kesilapan seperti dia? Kesilapan dia mungkin hanya menipu dan mempermainkan kita. Namun untuk kita pula mengeji, mengutuk dan berkata yang tidak-tidak kepada muslimah ini dan pembaca yang lain. Tidak sedarkah kalian melakukan lebih banyak dosa dan kesilapan dari muslimah ini? Fikirkanlah.
- Diuji juga kepada kita yang membaca bagaimana reaksi kita setelah mengetahui kisah ini. Menerima dengan hati yang terbuka? Membanteras dengan caci maki atau menasihati dengan penuh hikmah? Tannyalah IMAN kita. Biar iman kita yang menjawab. Jikalau ditanya pada hati yang bertitiknya noda hitam, nescaya hanya cacian dan kebencian yang diberi. Namun andai kita menerima dengan pandangan yang positif dan bersangka baik, maka berdoalah moga diberi hidayah kepada muslimah ini untuk berhenti dari terus menipu kita.
- Jadilah umat ISLAM yang bijak mindanya. Mahkota Indah Nikmat Daraipada Allah (MINDA) itu bukanlah saja-saja dikurniakan ALLAH untuk manusia. Tapi menyuruh kita untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu. Berfikir buruk dan baiknya perbuatan kita itu. Usahlah mengeji si muslimah ini, berikanlah nasihat yang berguna untuk dia agar berubah.
- Usahlah kita berbalah sesama kita, kerana sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Janganlah kita berbalah dan menuduh bahawa orang lain cetek ilmunya atau kurang ilmu agamanya kerana kita sendiri tidak kenal mereka sedangkan kita sendiri belum pasti tinggi ilmunya
- Syaitan sekali lagi bergelak ketawa kerana satu lagi titik hitam berjaya dipasakkan ke hati kita kerana perbalahan ini, kerana pernipuan ini.
- ISTIGHFARlah kita. Bersangka baiklah kita kepada ALLAH dan muslimah ini kerana setiap apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya adalah ujian dari ALLAH samaada dalam bentuk kesusahan atau kesenangan.
Peribadi RASULULLAH
mengajar kita untuk menegur secara berhikmah. Menyatakan kebenaran dengan cara
yang betul. Mengapa kita umat ISLAM
tidak mahu mengikut semua itu sedangkan RASULULLAH
sayangkan kita semua umat ISLAM. Sentiasa
bersangka baik terhadap sesuatu perkara dan kerana itu kita juga bersangka baik
kepada ALLAH swt. Wallahua’lam.
Aku berpegang pada kalimah TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH, yang mengajar aku tentang bersangka baik.
Hanya ALLAH yang maha mengetahui...
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH swt dan yang buruk itu adalah kelemahanku jua.
Aku berpegang pada kalimah TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH, yang mengajar aku tentang bersangka baik.
Hanya ALLAH yang maha mengetahui...
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH swt dan yang buruk itu adalah kelemahanku jua.
Comments