Luahan hati untuk awak

Assalamualaikum Sapentah,

Terima kasih atas ingatan awak pada saya. Tanpa saya duga malam 1 Ramadhan 1432H bersamaan 31 Julai 2011, saya telah menerima panggilan daripada awak. Saya sangat teruja dan gembira sekali. Saya tak sangka yang awak masih mengingati saya. Walaupun sekadar berbicara sebentar saja dan hanya untuk bertanya khabar serta mengucapkan selamat berpuasa, sudah cukup bagi saya. Saya rindukan suara awak selama awak menghilang ini. Betul-betul rindu. Tak terucap dibibir insan kerdil ini.

Awak,
Awak ada mengatakan yang sekiranya ada apa-apa saja, awak benarkan saya menghantar SMS kepada awak, ia memberi ruang dalam diri saya untuk mendekati awak. Awak, andai benar begitu izinkan saya untuk luahkan sesuatu didalam warkah ini.

Awak,
Andai diri awak belum dimiliki oleh sesiapa, sudikah awak menerima diri saya seadanya di dalam hidup awak? Saya bukanlah seorang yang sempurna paras rupa dan fizikal, cuma perasaan ingin dikasihi dan mengasihi itu ada dalam diri sama seperti orang lain. Sesekali ingin saya luahkannya tatkala SMS dikirim, namun saya malu. Biarlah saya luahkan disini sahaja. Saya menyukai awak sejak lama dulu, tapi saya takut awak tak dapat terima diri saya. Saya juga masih menyukai awak kini dan selamanya. Usah ditanya mengapa saya mempunyai perasaan begitu dengan awak. Sukar untuk saya mengerti kenapa nama awak tertulis disanubari.

Awak,
Perkenalan yang terjadi antara kita 7 tahun usianya kini, sebagai sahabat. Awak mendengar cerita suka duka saya, dan begitu juga saya sebaliknya. Keikhlasan awak menjadi sebahagian dari senarai sahabat saya membuatkan saya tak terdaya melupakan awak. Jujur saya katakan saya sendiri tidak tahu kenapa hanya awak seorang sahaja yang kekal, walaupun awak pernah menghilangkan diri.

Awak,
Andai takdir benar mengizinkannya, warkah ini pasti akan menjadi bacaan awak. Namun jika takdir tidak mengizinkan saya memiliki awak untuk menjadi teman hidup, saya redha. Tiada apa yang boleh melawan kehendak YANG MAHA KUASA. Namun saya cuba untuk berusaha, mencari kepastian dan kebenaran. Andai juga ditakdirkan awak suda dimiliki oleh insan lain dan dia lebih baik dari saya, saya juga redha, kerana tiada apa yang lebih membahagiakan saya selain melihat awak tersemyum gembira.

Namun Sapentah, jika sekali hati awak dilukai oleh insan itu, percayalah bahawa saya tetap disini menanti dan bersedia menjadi telinga untuk mendengar luahan perasaan awak. Menjadi penenang untuk mengembalikan senyuman awak dan menyandarkan bahu saya untuk menjadi tempat titisan airmata kesedihan awak. Percayalah hanya awak insan yang bernama lelaki yang mengusik hati saya.

Salam sayang dari saya yang menanti.

Yang merindui,
Saya...

Comments

Popular Posts