Isra' Mikraj
Satu hari lagi yang menjadi sejarah dalam kehidupan Rasulallah dan muslim sejagat. Mengingati kejadian Isra' Mikraj iaitu perjalanan Nabi Muhammad saw. bertemu ALLAH swt. Ia tiba lagi hari 27 Rejab bagi tahun masihi 2011, 1432Hijrah. Semoga pengajaran dapat kita garap dari peristiwa bersejarah ini, dan semoga kita sentiasa berada dalam keberkatan ALLAH selalu. Mengingati Rasulallah akan pengorbanan baginda yang amat menyayangi kita umatnya sehingga sanggup merayu kepada ALLAH untuk pengurangan solat. Namun kita umatnya itupun terlalu payah untuk melakukan 5 kali sehari semalam. Kasih nye baginda kepada kita tidak langsung berbelah bagi malah bertambah setiap hari. Baginda bagaikan tahu bahawa umatnya bakal menghadapi hari-hari yang sukar selepas kewafatannya, maka segala kebaikan dipohon untuk kita umatnya. Marilah sama-sama kita berselawat kepada baginda moga diberi syafaat ketika di akhirat kelak.
Disini saya ingin berkongsi peristiwa bersejarah Isra' Mikraj ini untuk semua kawan-kawan dan saudara semuslim yang dikasihi melalui penulisan didalam website sahabat kita ini. Mari bersama kita menghayati kisah ini dan mula bertaubat dan kembali ke jalan kebenaran. Aamiinn.. Mari hayati
Mari hayati lagu ini dari gandingan suara Hijjaz, Inteam, UNIC dan Mestica... Isra' Mikraj.

Comments