Kau mungkiri sebuah janji..
Buat kamu yang saya tidak kenali....
Untuk pertama kalinya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan satu pengalaman pahit kerana pernah mengenali kamu yang saya tidak kenali. Terima kasih juga kerana telah memungkiri janji kamu yang sepatutnya tidak saya percayai dari mula lagi. Namun apakan daya kebodohan ku juga kerana mempercayai kamu tanpa banyak bertanya. Dan kerana kepercayaan dan harapan yang tinggi untuk mengenali kamu maka saya sekali lagi menjadi seorang insan yang memperbodohkan diri sendiri dengan mengelilingi dataran Twin Towers dan KLCC untuk mencari kamu yang tidak sekali menghubungiku pada malam sabtu yang indah. Tak akan saya lupakan hari itu bagaimana saya seperti insan yang tak punya sesiapa berlegar mencari sesuatu yang tidak pasti. Dan kerana itu saya dengan ini ikhlas mengatakannya dari lubuk hati dan sanubari saya, saya tidak sekali-kali memaafkan kamu dan dengan perasaan yang tenang ini mengatakan yang kamu seorang yang tidak ikhlas. Janji yang kamu berikan hanyalah suatu kata-kata yang tak akan pernah tertunai oleh kamu biar langit membelah bumi dan daratan menjadi lautan.
Dengan ini saya memutuskan akan menjadikan kamu seorang yang tidak dikenali buat selamanya...
Namun saya sangat bersyukur kerana tidak bertemu dengan kamu. Tahukah kenapa? Kerana disaat sebelum saya meninggalkan rumah untuk mencari kamu, saya telah meminta kepada ALLAH supaya melindungi saya jika pertemuan itu adalah sesuatu yang boleh membawa keburukan buat saya dan sekiranya pertemuan itu akan membawa kebaikan maka berkatilah saya. Jadi saya tidak begitu menyesal kerana tidak menemui kamu kerana saya dilindungi oleh ALLAH kerana mungkin hanya perkara buruk yang akan berlaku jika saya bertemu kamu. Terima kasih YA ALLAH...
Buat kamu yang saya tidak kenali, terima kasih kerana memberi suatu pengalaman yang paling berharga ini kerana ia lebih mematangkan saya untuk tidak mempercayai seseorang dengan sepenuhnya. Kerana seseorang itu mungkin akan memungkiri janjinya.
Selamat tinggal kamu yang saya tidak kenali...

Comments