Luahan Rasa Hati....
Betapa tenang rasa hati bila dapat meluahkan apa yang terbuku. Kegusaran yang melanda dan ketidaktenteraman hati dapat dikawal. Itulah yang berlaku semalam, apabila seseorang yang bergelar sahabat menjadi orang yang setia mendengar dan memberi nasihat. Terima kasih sahabat kerana sudi berada disamping insan ini yang sedang didalam dilema. Namun kemaafan juga kupinta kerana sikapku yang begini mungkin telah mengguris hatimu. Engkau memahami diriku meski pun tidak engkau tunjukkan, katamu bukan kerana tidak menyedari namun kamu cuba untuk mencari masa yang sesuai dan membiarkan diriku meluahkannya sendiri. Dan tanpa disedari engkau cuba menceriakan ku. Itulah yang berlaku, biarpun ku sangka yang kamu seolah tidak mengendahkan diriku yang didalam duka.
Tidak semua perkara aku luahkan, namun cukup untuk memberitahu kamu bahawa ketenangan yang kucari dan perhatian darimu. Katamu hidup ini indah, namun bagaimana kita menikmati hidup ini dan cara kita menghadapinya berbeza dan kerana itu ia mengindahkan lagi kehidupan ini atau sekadar menjadikannya lebih sukar untuk dihadapi. Katamu lagi, airmata adalah anugerah dan titiskanlah ia tatkala hatiku sedang bersedih. Jangan disimpan saja. Biarkan ia mengalir bersama duka itu. Masalah yang dihadapi adalah ibarat air didalam gelas, jika dibiarkan gelas itu dipenuhi air dan menambahkan lagi air, ia akan melimpah. Kongsilah air itu bersama orang lain, bukan dibiarkan melimpah atau meminumnya sendiri. Sungguh bermakna kata-kata itu. Akan aku simpan ia sebagai semangatku. Jangan berputus asa, katamu untuk kesekian kali. Jika dunia ini penuh dengan sahabat seperti kamu, pasti hidup ini sentiasa indah.
Tiada madah dan kata-kata indah mampu aku lafazkan untuk menggambarkan betapa aku gembira mengenalimu sahabat, hanya ucapan maaf dan terima kasih. Namun, bicaramu dalam persahabatan tidak memerlukan ucapan maaf atau terima kasih kerana persahabatan sudah cukup indah dengan saling memahami, berkongsi segala rasa suka dan duka dan melalui tiap pahit dan getir bersama. Aku semakin memahaminya dan menghargai bahawa sahabat adalah satu lagi anugerah untuk melalui liku-liku kehidupan. Aku mengerti kini.
Sahabat, izinkan aku mencoretkannya disini, bahawa sayangku akan kekal didalam hati biarpun engkau jauh dariku. Doaku untukmu, semoga engkau sentiasa bahagia dan disayangi sepertimana engkau menyanyangi insan lain. ALLAH pasti sentiasa bersamamu dan mendengar tiap doamu. Hanya satu pintaku, sentiasalah berada disisiku dan jangan pergi jauh, disaat aku memerlukanmu. Permintaan mungkin sukar untuk dipenuhi, namun harapanku agar aku juga mampu melakukan yang sama untukmu.
Terima kasih sahabat dan maafkanku.....

Comments