Benarkan saya....
"Kalau awak tak suka kan saya, awak cakap dengan saya. Saya tak kisah. Kalau awak marah kat saya, awak luahkan. Saya sedia mendiamkan diri. Kalau awak tak perlukan saya dalam hidup awak, awak beritahu saya. Saya akan pergi dari hidup awak. Kalau awak rasa saya tak layak untuk awak, awak beritahu saya. Saya tidak akan menjadi sebahagian dari hidup awak. Kalau awak perlukan ruang untuk diri awak tanpa kehadiran saya, saya sedia untuk menjauhkan diri saya. Kalau awak tak mahu saya menghubungi awak, saya tak akan hubungi awak. Jika awak tidak mahu melihat muka saya. Saya tak akan tunjukkan pada awak. Apa saja untuk awak demi kebahagiaan awak."
Terlalu indah kata-kata, namun pahit dirasa. Jika bibir mampu berbicara apa yang dikata hati, pasti semuanya akan terhurai. Namun apakah segala bait kata datangnya dari hati? Apakah setiap perbuatan datangnya dari pemikiran yang sempurna? Sejauh mana kita mendalami hati insan lain? Sejauh mana kita menjadi sebahagian hidup insan lain? Sejauh mana kita disenangi? Sejauh mana kita disayangi? Terlalu banyak persoalan dan bukan jawapan....
"Kalau itu yang awak mahu, saya rela. Namun saya punya permintaan. Permintaan yang diharap dari awak. Benarkan saya menyintai dan menyayangi awak. Benarkan saya mengambil berat tentang awak. Walaupun hanya dari kejauhan. Namun tolong benarkan saya. Hanya ini yang saya pinta. Kerana saya tak mampu membuang awak dari hidup saya. Kerana saya menyayangi awak. Kerana hati saya tak mampu memadam nama awak. Kerana fikiran saya tak mampu melupakan awak. Kerana saya tidak berdaya."
"Kerana saya hanya insan yang mampu menyayangi namun tidak berdaya membenci, meski seribu kesakitan telah saya rasai."

Comments