Jangan Pernah Berubah...
Sesaat ku dengarkan lagu ini hati terdetik, memang perit rasanya bila kita dapat rasakan perubahan seseorang. Perubahan yang baik tentu saja kita sukai, namun bila ia pada sesuatu yang kurang menyenangkan tentu sekali kita akan merasa susah hati kerana perubahan yang berlaku bakal memberi tempias kepada kita jua. Berubahnya seseorang adalah kerana sesuatu. Apa yang penting bertnyalah diri sendiri dahulu sebelum apa yang kita lakukan sehingga seseorang itu berubah sebelum bertanya mengapa orang itu berubah. Namun tak semua antara kita yang akan bertanya diri sendiri dahulu, sebaliknya lebih selesa bertanya insan itu mengapa dia berubah, atau lebih mudah dengan pertanyaan, "Awak dah berubah sekarang." atau dengan umpatan. "Si polan tu dah berubah sekarang".
Perubahan yang berlaku atas insan yang kita sayangi??Bagaimana pula perubahan yang berlaku? Baik kah?atau buruk kah??atau sebenarnya tiada perubahan tapi keadaan dia menyebabkan keregangan berlaku. Penat dengan situasi dan kehidupan. Otaknya, fizikalnya. Pernahkah kita bertanya??Jangan mudah serkap jarang. Apa yang penting perbincangan. Bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Malu bertanya penyesalan.
Jangan terus-menerus menerjah sesorang dengan berkata "Kau dah berubah sekarang" jika ada sesuatu yang tak kena pada dia, sebaliknya berilah dia ruang untuk meluahkan apa yang dirasa. Bagaimana keadaanya...

Comments